TIP MEMANJANGKAN RAMBUT
Rambut panjang nan indah sememangnya menjadi primadona bagi kebanyakkan kaum hawa di seluruh penjuru dunia. Namun, masalah yang sering dihadapi ialah rambut yang tumbuh tidak sihat. Walaubagaimanapun jangan terkeliru masalah rambut tidak sihat bukan hanya kerana perawatan rambut yang salah tetapi juga disebabkan oleh cuaca, pemakaian produk perawatan rambut yang tidak tepat dan pola makanan yang tidak seimbang.
Faktor-faktor penghambat itulah yang membuatkan rambut kamu tubuh menjadi tidak subur, mudah rapuh, patah dan kusam. Oleh itu, bagi memastikan rambut panjang yang sihat dan indah, berikut adalah tip-tipnya.
1. Gunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut kamu. Jangan tertipu dengan produk syampu yang menawarkan pertumbuhan rambut secara pantas kerana bimbang bahan-bahan yang terkandung di dalamnya adalah bahan-bahan yang boleh merosakkan rambut.
2. Gunakan masker berkhasiat pada bahagian hujung rambut. Bagi memanjangkan rambut, khasiat yang cukup harus ada pada rambut.
3. Cubalah suplemen untuk rambut. Bahan-bahan yang terkandung dalam suplemen rambut terdiri daripada kalsium, zat besi, magnesium dan mineral garam yang akan membantu pemeliharaan rambut dari dalam.
4. Lakukanlah urutan di kulit kepala untuk meransang perjalanan darah dan oksigen kepala supaya proses pertumbuhan rambut boleh berlaku lebih cepat.
5. Gunakanlah sikat rambut yang sesuai dengan jenis rambut kamu. Saat kamu mengeringkan rambut dengan pengering rambut, jangan terlalu dekat dengan kepala dan rambut.
|